Pemeriksa kualiti kimpalan adalah amat penting untuk mengelakkan kegagalan sambungan yang biasanya disebabkan oleh wujudnya keliangan (porosity), bendasing (foreign particles), dan keretakan (cracks).
Langkah-langkah
keselamatan juga perlu diambil untuk mengelakkan kegagalan. Contohnya, permukaan yang telah
dikimpal hendaklah diratakan atau dicanai untuk mengelakkan keretakan terhasil daripada permukaan kasar
atau tidak rata.
Beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk memastikan kualiti kimpalan yang tinggi
diterangkan di bawah.
1.) Pemeriksaan Permukaan
Pemeriksaan permukaan adalah untuk memeriksa kewujudan keretakan dan kecacatan permukaan kimpalan.
Terdapat dua kaedah pemeriksaan yang digunakan iaitu dengan menggunakan;
• Pewarna (dye penetrant method) - pewarna ditaburkan di atas permukaan kimpalan supaya dapat melihat keretakan dengan menggunakan matakasar.
• Serbuk magnet (magnetic particle method) - benda kerja dikenakan medan magnet dan
serbuk logam atau besi ditaburkan pada tempat yang retak atau tempat yang wujudnya keliangan, aliran serbuk magnet
akan kelihatan cacat atau terputus.
2.) Pemeriksaan di bawah permukaan
Pemeriksaan dibawah permukaan adalah untuk mengesan kewujudan keliangan, jermang (slag inclusion)
bendasing dan juga keretakan.
3.) Radiografi
Kaedah ini menggunakan punca sinaran yang dipancar kepada filem menerusi benda kerja. Sebarang keretakan
atau kecacatan pada kimpalan akan kelihatan pada filem. Satu kelemahan pada teknik ini adalah apabila
keretakan atau keliangan menegak dan selari dengan arah pancaran, imej yang ditunjukkan oleh filem hanyalah
keratan rentas atau garispusat lubang sedangkan panjang sebenar kecacatan tidak dapat ditunjukkan. Satu
kaedah lain yang lebih baik adalah menggunakan ultrasonik.
Wednesday, 7 September 2016
Jenis-jenis sambungan dalam kimpalan
Dalam kimpalan, mengetahui jenis-jenis sambungan kimpalan adalah asas bagi seseorang pengimpal. Terdapat pelbagai jenis sambungan kimpalan.
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
1.) Jenis-jenis sambungan asas kimpalan
Terdapat 5 jenis sambungan asas yang digunakan dalam kerja kimpalan mengikut piawaian American Welding Society (AWS).
a.) sambungan temu

b.) sambungan tee

c.) sambungan tepi

d.) sambungan bucu

e.) sambungan bertindih


b.) sambungan tee
c.) sambungan tepi

d.) sambungan bucu

e.) sambungan bertindih

Friday, 26 August 2016
Kimpalan
Jenis-jenis Besi
_________________________________________________________________________________
Sebagai seorang pelajar dalam jurusan kejuruteraan pertanian, salah satu perkara yang dipelajari ialah tentang kimpalan. Kimpalan merupakan satu proses pencantuman suatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Pelbagai jenis logam atau besi yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengimpalan. Contohnya seperti di bawah;
1.) MILD STEEL ROUND BAR
2.) MILD STEEL BLACK PIPE
3.) SQUARE HOLLOW SECTION
4.) SQUARE BAR
5.) GI PIPE
6.) MILD STEEL FLAT BAR
7.) RECTANGULAR HOLLOW SECTION
8.) MILD STEEL CHANNEL
9.) MILD STEEL ANGLE BAR
_________________________________________________________________________________
Sebagai seorang pelajar dalam jurusan kejuruteraan pertanian, salah satu perkara yang dipelajari ialah tentang kimpalan. Kimpalan merupakan satu proses pencantuman suatu bahan dengan bahan yang lain dengan menggunakan suatu bahan khas, contohnya logam atau termoplastik. Pelbagai jenis logam atau besi yang dapat digunakan dalam kerja-kerja pengimpalan. Contohnya seperti di bawah;
![]() |
Contoh-contoh Besi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
![]() |
Pandangan hadapan |
![]() |
Pandangan sisi |
Subscribe to:
Posts (Atom)