Wednesday, 7 September 2016

Kaedah pemeriksaan kualiti kimpalan

Pemeriksa kualiti kimpalan adalah amat penting untuk mengelakkan kegagalan sambungan yang biasanya disebabkan oleh wujudnya keliangan (porosity), bendasing (foreign particles), dan keretakan (cracks).

Langkah-langkah keselamatan juga perlu diambil untuk mengelakkan kegagalan. Contohnya, permukaan yang telah dikimpal hendaklah diratakan atau dicanai untuk mengelakkan keretakan terhasil daripada permukaan kasar atau tidak rata.

Beberapa kaedah yang biasa digunakan untuk memastikan kualiti kimpalan yang tinggi diterangkan di bawah.

1.) Pemeriksaan Permukaan 

Pemeriksaan permukaan adalah untuk memeriksa kewujudan keretakan dan kecacatan permukaan kimpalan. Terdapat dua kaedah pemeriksaan yang digunakan iaitu dengan menggunakan;

 • Pewarna (dye penetrant method) - pewarna ditaburkan di atas permukaan kimpalan supaya dapat melihat keretakan dengan menggunakan matakasar.

Serbuk magnet (magnetic particle method) - benda kerja dikenakan medan magnet dan serbuk logam atau besi ditaburkan pada tempat yang retak atau tempat yang wujudnya keliangan, aliran serbuk magnet akan kelihatan cacat atau terputus.

2.) Pemeriksaan di bawah permukaan

Pemeriksaan dibawah permukaan adalah untuk mengesan kewujudan keliangan, jermang (slag inclusion) bendasing dan juga keretakan.

3.) Radiografi 

Kaedah ini menggunakan punca sinaran yang dipancar kepada filem menerusi benda kerja. Sebarang keretakan atau kecacatan pada kimpalan akan kelihatan pada filem. Satu kelemahan pada teknik ini adalah apabila keretakan atau keliangan menegak dan selari dengan arah pancaran, imej yang ditunjukkan oleh filem hanyalah keratan rentas atau garispusat lubang sedangkan panjang sebenar kecacatan tidak dapat ditunjukkan. Satu kaedah lain yang lebih baik adalah menggunakan ultrasonik.

No comments:

Post a Comment